Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Aliran bantuan ke Gaza meningkat sepanjang gencatan senjata

Pegawai kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada Selasa (11 Feb) aliran bantuan ke Gaza telah meningkat dengan ketara sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 19 Januari lalu, termasuk bagi barangan seperti khemah yang sebelum ini disekat oleh Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Aliran bantuan ke Gaza meningkat sepanjang gencatan senjata

Penduduk Palestin dalam perjalanan dari pusat Gaza ke rumah mereka di utara Carikan Gaza pada 10 Feb 2025. (Gambar: AP/Jehad Alshrafi)

Diterbitkan : 12 Feb 2025 07:44AM Dikemas Kini : 12 Feb 2025 07:48AM
GENEVA: Pegawai kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada Selasa (11 Feb) aliran bantuan ke Gaza telah meningkat dengan ketara sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 19 Januari lalu, termasuk bagi barangan seperti khemah yang sebelum ini disekat oleh Israel.

Hamas mengumumkan pada Isnin (10 Feb) bahawa ia akan henti membebaskan lebih ramai tebusan Israel sehingga notis selanjutnya.

Tindakan itu diambil selepas Hamas mendakwa Israel telah melanggar perjanjian gencatan senjata tersebut, sekaligus meningkatkan risiko konflik akan berterusan.

Hamas menyatakan Israel antara lain telah menghalang kemasukan penghantaran bantuan ke Gaza seperti ditetapkan di bawah perjanjian itu, seperti 60,000 rumah sementara dan 200,000 khemah serta jentera berat untuk membersihkan runtuhan serta bahan api.

Apabila ditanya mengenai penghantaran bantuan sedia ada ke Gaza, jurucakap Pejabat Kemanusiaan PBB (OCHA) Jens Laerke berkata di sidang media Geneva: "Kami dapat mempertingkatkan operasi kemanusiaan secara ketara dengan bekalan makanan, perubatan dan tempat perlindungan dan bantuan-bantuan lain sepanjang tempoh gencatan senjata."

Pada awal bulan ini, para pegawai bantuan kemanusiaan berkata terdapat halang terhadap import sesetengah barang seperti peralatan perlindungan di mana Israel berkata berpotensi digunakan untuk orang awam atau tentera.

Penduduk Palestin telah merayu bagi berbilion dolar bantuan kecemasan, termasuk bagi tempat perlindungan untuk menempatkan orang ramai yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan udara dan bom Israel.

Sungguhpun begitu, Israel menafikan dakwaan ia telah menghalang bekalan seperti palang khemah daripada dibawa masuk ke Gaza.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan