Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Aliff Aziz kehilangan nenda tersayang

Anggaran Waktu Membaca:
Aliff Aziz kehilangan nenda tersayang

Aliff Aziz. (Gambar-gambar: Astro/Azrul Rafie)

Diterbitkan : 26 Feb 2022 11:38AM Dikemas Kini : 26 Feb 2022 11:43AM

KUALA LUMPUR: Selebriti popular Aliff Aziz baru-baru ini menerima khabar duka bahawa nenek tersayang sudah kembali menghadap Ilahi.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh Aliff menerusi akaun rasmi Instagramnya.

“Assalamualaikum kepada semua, nenda saya Hajah Rahmah Binti Ismail sudah kembali ke Rahmatullah.

“Saya selaku cucu yang pertama, berhajat kepada semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepadanya dan
juga doakan semoga arwah nenda saya ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman.

Nenek Aliff, Rahmah Ismail, 82 tahun, disahkan meninggal dunia di Singapura pada 23 Februari dan ia cukup meninggalkan kesan dalam diri juara Gegar Vaganza musim kelapan itu, seperti dilaporkan Astro AWANI.

“Doakan semoga arwah nenda ditempatkan bersama hamba Allah beriman”, menurut catatan Aliff.

Aliff juga menyatakan, Allahyarhamah neneknya, yang mesra dipanggil 'Baba' merupakan seorang penyayang dan banyak berkhidmat membawa jemaah mengerjakan ibadah umrah dan haji ketika muda.

“Seorang yang sangat penyayang dan juga banyak berkhidmat membawa jemaah untuk ibadah Umrah dan Haji sewaktu beliau muda. Semoga Baba Tenang Disana.

“Alhamdulillah. Selamat jalan, Baba. Aliff doakan semoga Allah beri perlindungan di atas segala ketakutan dan dimakbulkan segala pengharapan Baba.

“Semoga Baba tenang disana. Ameen Ya Rabbal’alameen,” luah Aliff.

Ketika ini Aliff dan isteri Bella Astillah masih lagi menjalani kuarantin selepas pulang ke Malaysia beberapa hari lalu daripada mengerjakan umrah sejak 9 Februari lalu, lapor Astro AWANI.

Menerusi ruangan komen pula, para pengikut Aliff di Instagram turut mengucapkan salam takziah.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan