Alibaba lantik CEO, pengerusi baru
Anggaran Waktu Membaca:
Ibu pejabat Alibaba Group di Hangzhou di wilayah Zhejiang, China. (Gambar: Reuters)
BEIJING: Gergasi e-dagang China, Alibaba pada Selasa (20 Jun) mengumumkan pelantikan Eddie Yongming Wu bagi menggantikan Daniel Zhang sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan tersebut mulai 10 September, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.
Encik Wu yang pada masa ini pengerusi anak syarikat Taobao dan Tmall Group juga akan menggantikan Encik Zhang sebagai lembaga pengarah syarikat itu.
Selain itu, Encik Joseph Tsai yang kini naib pengerusi eksekutif pula akan menggantikan Encik Zhang sebagai pengerusi syarikat.
Encik Wu, yang mengambil peranan sebagai CEO akan terus berkhidmat sebagai pengerusi platform perdagangan Taobao dan Tmall.
Menyusuli peralihan itu, Encik Zhang akan terus menerajui Alibaba Cloud Intelligence Group sebagai pengerusi dan ketua pegawai eksekutifnya.
Encik Zhang yang menyertai syarikat itu pada 2007 menjadi CEO Alibaba Group sejak lapan tahun lalu dan pengerusinya sejak empat tahun lalu.
Syarikat itu menyatakan bahawa Encik Wu adalah seorang daripada pengasas bersamanya, ahli Perkongsian Alibaba dan sudahpun menjadi pengerusi Taobao dan Tmall Group sejak Mei 2023.
Encik Wu adalah pengarah teknologi Alibaba ketika penubuhan syarikat itu pada 1999.
Beliau juga berkhidmat sebagai ketua pegawai teknologi Alipay dari Disember 2004.

Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.