Skip to main content

Dunia

Algeria isytihar darurat wabak selesema burung H5N8

Algeria mengisytiharkan darurat selepas Pertubuhan Dunia untuk Kesihatan Haiwan (OIE) mengumumkan penularan wabak selesema burung H5N8 melanda kawasan timur negara tersebut, lapor agensi berita Anadolu.

Anggaran Waktu Membaca:
Algeria isytihar darurat wabak selesema burung H5N8

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 10 Feb 2021 03:03PM Dikemas Kini : 10 Feb 2021 03:04PM

ALGIERS: Algeria mengisytiharkan darurat selepas Pertubuhan Dunia untuk Kesihatan Haiwan (OIE) mengumumkan penularan wabak selesema burung H5N8 melanda kawasan timur negara tersebut, lapor agensi berita Anadolu.

"Sumber virus ini daripada burung yang berhijrah dan kami (Algeria) telah mengeluarkan amaran kepada semua wilayah untuk mematuhi arahan darurat.

"Wabak itu dikesan di bandar Ain Fakroun," kata Menteri Pertanian, Abdelhamid Hamdani di sidang media pada Selasa (9 Feb).

Pada Selasa, OIE mengesan lokasi penularan wabak di Ain Fakroun, iaitu Oum El Bouaghi.

Analisis makmal menunjukkan wabak di bandar itu sudah menjangkiti 51,200 ayam. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita