Skip to main content

Dunia

Alat pengecas mudah alih meletup dalam pesawat Royal Brunei Airlines

Para penumpang sebuah pesawat Royal Brunei Airlines terkejut apabila sebuah alat pengecas mudah alih atau 'power bank' meletup semasa penerbangan dari Hong Kong ke Brunei.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Jan 2019 09:23PM Dikemas Kini : 05 Jan 2019 10:40PM

BANDAR SERI BEGAWAN: Para penumpang sebuah pesawat Royal Brunei Airlines terkejut apabila sebuah alat pengecas mudah alih atau 'power bank' meletup semasa penerbangan dari Hong Kong ke Brunei.

Asia News Network melaporkan bahawa syarikat penerbangan Brunei itu mengesahkan insiden berkenaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang Khamis (3 Jan).

Menurut syarikat itu, kabin pesawat dengan segera dipenuhi asap. Mujur, semua penumpang dan anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan akibat insiden tersebut.

Pesawat BI636 itu juga berjaya melakukan pendaratan dengan selamat seperti yang dijadualkan di Bandar Seri Begawan, lapor Asia News Network.

Seorang pengguna Facebook, Francis Ngu Hown Hua, memuji para anak kapal Royal Brunei Airlines kerana bersikap profesional dan tenang semasa menangani insiden itu.

"Anak kapal kami dilatih untuk mematuhi prosedur operasi standard bagi menangani insiden-insiden seumpama itu dengan profesional serta memastikan keselamatan para penumpang pada setiap masa," menurut syarikat penerbangan tersebut, seperti yang dipetik oleh Asia News Network.

Royal Brunei Airlines turut mengeluarkan peringatan kepada para penumpangnya supaya mematuhi garis panduan mengenai barangan berbahaya di dalam bagasi mereka. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita