Al-Quran kecil di Albania punyai sejarah yang besar
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Adnan Beci)
TIRANA: Amalan Encik Mario Prushi ketika memegang al-Quran sentiasa sama.
Dia akan mencuci tangan dan mukanya sebelum mengucup dan meletakkan salah satu al-Quran paling kecil di dunia pada dahinya.
Selama beberapa generasi, kitab bersaiz setem itu diturunkan kepada keluarganya. Ia masih terselamat daripada beberapa peperangan dan "rejim tidak bertuhan" paling fanatik di dunia.
Para cendekiawan berkata ia adalah di antara al-Quran terkecil yang pernah dicatat. Kitab suci itu disimpan di dalam kotak perak yang menjadi hitam disebabkan ia disimpan begitu lama.
"Kami telah menyimpannya dari generasi ke generasi dengan penuh dedikasi," kata Encik Prushi, 45 tahun, kepada AFP di kediamannya di Tirana, Albania.
Dengan ukuran dua sentimeter lebar dan satu sentimeter tebal, kitab itu hampir tersembunyi di tapak tangan Encik Prushi.
Ia hanya dapat dibaca dengan kaca pembesar kecil yang dibenamkan di dalam kotaknya.

Ia agak sukar untuk menetapkan tarikh bagi al-Quran itu tanpa analisis saintifik.
Namun menurut Encik Elton Karaj, seorang penyelidik dalam pengajian al-Quran di Universiti Beder di Tirana, kitab 900 muka surat itu wujud sejak sekurang-kurangnya pada abad ke-19.
LUAR BIASA TERPELIHARA
Walau bagaimanapun, saiznya bukan satu-satunya perkara yang luar biasa tentang al-Quran itu. Ia juga bertanggungjawab atas keluarga Prushi untuk memeluk agam Islam dari agama Katolik.
"Moyang saya sedang menggali tanah untuk membina rumah baru di wilayah Djakovica di Kosovo apabila mereka menemui jasad seorang lelaki yang sempurna ditanam di kawasan itu," kata Encik Prushi.
"Quran itu yang dalam keadaan sempurna berada di atas bahagiann jantungnya."
Keluarga tersebut menganggapnya sebagai tanda keajaiban dan memeluk agama Islam.
Beberapa tahun kemudian, di bawah pemerintahan diktator komunis Enver Hoxha, yang melarang segala bentuk agama dan menghantar mereka yang mengamalkannya ke penjara, ia terselamat disebabkan saiznya yang mudah disembunyikan.
"Ada individu yang memaklumkan kepada polis rahsia bahawa kami memiliki Quran di dalam rumah, tetapi ia sangat kecil sehingga bapa saya dapat menyembunyikannya. Ejen-ejen itu menggeledah rumah dan tidak menemuinya," kata Encik Prushi.
KEBERKATAN
Encik Prushi kemudian mewarisi al-Quran itu sejurus sebelum kematian bapanya pada 2012.
"Kitab kecil ini membawa banyak kisah, keberkatan dan keajaiban. Ia sangat berharga bagi saya," kata Encik Prushi.
Keluarga itu pernah mendapat beberapa tawaran untuk membeli al-Quran tersebut, termasuk dari muzium-muzium.
"Saya tidak pernah terfikir untuk menjualnya," tambah Encik Prushi.
"Quran ini milik keluarga kami dan ia akan kekal bersama kami."

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.