Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Al-Quran Braille bantu orang kurang daya penglihatan baca kitab suci

Anggaran Waktu Membaca:

PUTRAJAYA: Mashaf Al-Quran Braille Malaysia (MQBM) diterbitkan untuk kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan beragama Islam membaca kitab suci yang menepati ilmu tanda (dhabt) dan kaedah penulisan (rasm) Mashaf Al-Quran Rasm Uthmani.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata MQBM adalah berbeza daripada al-Quran Braille versi lama yang tidak menepati Mashaf Al-Quran Rasm Uthmani dengan perbezaan itu terdapat pada penandaan waqaf (tanda berhenti) dan peralihan juzuk.

"KDN (Kementerian Dalam Negeri) telah meluluskan perakuan betul cetakan akhir teks MQBM berdasarkan Akta Percetakan Al-Quran 1986 pada 9 April 2021," katanya di sidang media selepas melancarkan MQBM Peringkat Kebangsaan 2022 pada Selasa (26 Apr). 

Encik Idris berkata penerbitan MQBM itu merupakan kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Malaysia (Pertis).

Encik Idris turut berkata bahawa hak percetakan MQBM diberikan kepada Pertis bagi menerbitkan 1,000 naskah pertama mushaf tersebut untuk diedarkan secara percuma kepada golongan OKU penglihatan di seluruh negara Malaysia. 

Ketika ini, Unit Penerbitan Pertis di Brickfield, Kuala Lumpur mempunyai 15 mesin cetak tulisan Braille, katanya.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan