Skip to main content

Dunia

Al-Qaeda ancam serang kementerian Perancis, kedutaan Sweden susuli insiden bakar Quran

Anggaran Waktu Membaca:
Al-Qaeda ancam serang kementerian Perancis, kedutaan Sweden susuli insiden bakar Quran

Gambar: AFP

Diterbitkan : 16 Sep 2023 07:46AM
MOSKO: Para anggota kumpulan Al-Qaeda (yang diharamkan di Rusia) dilaporkan mengancam akan menyerang sebuah kementerian di Perancis dan kedutaan Sweden, menurut Sputnik.

Laporan Le Figaro pada Jumaat (15 Sep) yang memetik kenyataan kumpulan itu menyatakan bahawa Al-Qaeda di Semenanjung Arab mengumumkan rancangan tersebut dalam terbitan terbaharu majalah Sada al-Malahim.

Menurut laporan itu, Sweden adalah antara negara Eropah yang memilih untuk mengetuai perang menentang Islam dan umatnya.

Kumpulan itu merujuk kepada insiden pembakaran Al-Quran di Sweden baru-baru ini.

Al-Qaeda di Semenanjung Arab dikatakan bertanggungjawab terhadap serangan ke atas akhbar satira Charlie Hebdo pada 2015 di Paris.

Awal minggu ini, Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin memberi amaran tentang peningkatan ancaman serangan pengganas di negara itu, yang dirancang di luar negara.

Beliau berkata ia disebabkan kurangnya kehadiran tentera Perancis dan Amerika di Sahel, Levant dan Afghanistan dan serangan mungkin dilakukan sama seperti pada 2015.
 
Sumber : Bernama/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita