Aktiviti zikir di perkuburan Kuala Lumpur tular, polis Malaysia serah siasatan kepada pihak berkuasa agama
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: TikTok/Kajian Ajaran Sesat)
KUALA LUMPUR: Polis Malaysia mengesahkan menerima laporan berhubung kes sekumpulan individu berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan di Setapak, Kuala Lumpur, pada Sabtu (28 Dis).
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata pihaknya menerima laporan berkenaan daripada orang awam yang dibuat berdasarkan satu video tular.
Beliau berkata perbuatan itu dipercayai berlaku pada Sabtu, kira-kira pukul 10.05 pagi sebelum video mengenainya tular pada petang hari yang sama.
“Laporan oleh orang awam pula diterima pada 4.23 petang semalam dan kes ini dirujuk ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk siasatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan pada Ahad (29 Dis).
Pada Sabtu, tular satu video 23 saat memaparkan sekumpulan individu berzikir secara pelik dan kuat di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota, Setapak hingga mengundang kebimbangan masyarakat khususnya orang Islam.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.