Aktivis wanita warga Amerika-Turki maut ditembak Israel semasa bantahan di Tebing Barat
Anggaran Waktu Membaca:
TEBING BARAT: Seorang wanita warga Amerika-Turki berusia 26 tahun ditembak mati oleh tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki semasa tunjuk perasaan pada Jumaat (6 Sep).
Aysenur Ezgi Eygi, yang merupakan warganegara Amerika Syarikat dan Turki, merupakan antara peserta yang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan terhadap perluasan penempatan Yahudi di bandar Beita dekat Nablus.
Eygi didakwa ditembak oleh tentera Israel, menurut laporan media tempatan.
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menyatakan, mereka "meneliti laporan seorang warga asing terbunuh akibat tembakan di kawasan itu."
Seorang peserta tunjuk perasaan itu memberitahu BBC bahawa ia merupakan kali pertama Eygi menghadiri tunjuk perasaan sedemikian.
Kematian Eygi sangat dikesali Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, dan menyifatkannya sebagai "kehilangan tragis" sementara Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pula menyifatkan tindakan Israel itu sebagai "biadab."
Kementerian Luar Turki menyatakan, Eygi "dibunuh oleh tentera pendudukan Israel di bandar Nablus."
Pada masa yang sama, Rumah Putih tidak menyalahkan apa yang berlaku, tetapi menyeru Israel untuk melakukan siasatan.
Terdahulu, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller berkata, Washington "segera mengumpul lebih banyak maklumat mengenai keadaan kematian Eygi."
Menurut laporan media Turkiye, Eygi dilahirkan di Antalya dan mangsa yang mempunyai dua kewarganegaraan itu dikejarkan ke sebuah hospital di Nablus sebelum disahkan meninggal dunia.
Sementara itu, Ketua Hospital Rafidia, Dr Fouad Nafaa mengesahkan, seorang warga Amerika berusia pertengahan 20-an tahun meninggal dunia akibat "tembakan di kepala."
Dalam satu kenyataan, IDF berkata: "Hari ini (6 Sep), semasa aktiviti pasukan keselamatan Israel bersebelahan dengan kawasan Beita, tentera bertindak balas dengan tembakan ke arah peserta aktiviti ganas yang membaling batu ke arah pasukan dan menimbulkan ancaman kepada mereka .
"IDF sedang meneliti laporan bahawa seorang warga asing terbunuh akibat tembakan yang dilepaskan di kawasan itu. Butiran kejadian dan keadaan di mana dia dipukul sedang dikaji."
Jonathan Pollak, seorang aktivis Israel yang berada di pusat perhimpunan yang sama dengan Eygi, berkata, dia mendengar "dua tembakan peluru hidup berasingan, ditembak satu demi satu... dan kemudian saya mendengar satu lagi tembakan".
"Saya dapati beliau (Eygi) terbaring di tanah, di sebelah pokok… berdarah dari kepalanya," kata Pollak kepada agensi berita AFP, sambil menunjukkan darah di tangan yang digunakannya untuk menghentikan pendarahan di kepala Eygi.
“Saya memeriksa nadinya, nadinya sangat lemah, kami hubungi ambulans.
"Dari situ kami memindahkannya ke pusat perubatan kampung, di mana doktor masuk ke dalam ambulans dan terus ke hospital, di mana mereka cuba menyelamatkannya tetapi gagal."
Encik Pollak berkata, insiden terbaharu ini "kini mendapat perhatian kerana mangsa seorang warganegara Amerika."
Dalam temu bual dengan program Newshour BBC, Encik Pollak ditanya mengenai kenyataan IDF, di mana tentera Israel menyatakan pasukan keselamatan bertindak balas kepada "penghasut utama yang membaling batu ke arah pasukan dan menimbulkan ancaman kepada mereka."
Encik Pollak berkata, terdapat pertempuran di lokasi berkenaan, tetapi "tentera (Israel) tidak berada di bawah ancaman."
Bahkan, katanya lagi, lokasi Eygi ditembak adalah "kejadian berasingan di tempat yang berasingan," sambil menambah bahawa "tiada kejadian baling batu" di tempat mangsa berada seperti didakwa tentera Israel.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.