Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Aktivis pro-Palestin di New York gesa segera capai gencatan senjata

Para aktivis pro-Palestin berhimpun di hadapan Hotel Plaza di New York City pada Ahad malam (10 Nov), tempat Presiden Israel Isaac Herzog menginap.

Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK: Para aktivis pro-Palestin berhimpun di hadapan Hotel Plaza di New York City pada Ahad malam (10 Nov), tempat Presiden Israel Isaac Herzog menginap.

Menurut media antarabangsa, mereka melaungkan slogan pro-Palestin, sambil menuntut agar gencatan senjata dilaksanakan menyusuli peperangan yang berterusan di Gaza.

Menerusi video yang tular di media sosial, para aktivis dilihat mengibarkan bendera Palestin.

Sebahagian daripada mereka turut melaungkan slogan seperti “Dari sungai ke laut, Palestin akan merdeka”.

Menurut akaun rasmi beliau di X, Encik Herzog kini berada di Amerika Syarikat bagi menghadiri Perhimpunan Agung Persekutuan Yahudi Amerika Utara.

Usaha untuk mencapai gencatan senjata antara kedua-dua pihak yang bertelagah masih gagal setakat ini.

Untuk rekod, kempen tentera Israel telah mengakibatkan sebahagian besar Gaza hampir musnah sepenuhnya dan membunuh kira-kira 43,500 rakyat Palestin.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan