Skip to main content

Dunia

Aktivis dakwa serangan penduduk penempatan haram di Tebing Barat makin memuncak

Anggaran Waktu Membaca:
Aktivis dakwa serangan penduduk penempatan haram di Tebing Barat makin memuncak

Aktivis hak asasi manusia Palestin, Ubai Al-Aboudi, mendakwa serangan oleh pendatang haram Israel terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat yang diduduki semakin meningkat. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 25 Jul 2026 05:45PM
  • Aktivis Palestin Ubai Al-Aboudi mendakwa serangan pendatang haram Israel ke atas kampung di Tebing Barat semakin kerap dan sistematik.
  • Beliau merujuk serangan di Sarra, barat Nablus pada 17 dan 24 Julai, di mana rumah dibakar ketika keluarga berada di dalamnya, namun semua berjaya diselamatkan.
  • Ubai juga menyatakan tentera Israel sering campur tangan selepas serangan, melaksanakan perintah berkurung dan menahan penduduk Palestin yang mempertahankan diri.
  • Sejak Oktober 2023, hampir 600 rakyat Palestin terbunuh dan hampir tiada tindakan undang-undang diambil terhadap pelaku serangan.
Dijana oleh AI
RAMALLAH: Seorang aktivis hak asasi manusia Palestin mendakwa serangan oleh pendatang haram Israel terhadap perkampungan di Tebing Barat yang diduduki semakin meningkat dan berlaku secara berulang di beberapa kawasan.

Menurut laporan Al Jazeera, aktivis yang berpangkalan di Ramallah, Ubai Al-Aboudi, berkata insiden itu bukan kejadian terpencil, sebaliknya sebahagian daripada tindakan yang didakwanya berlaku secara sistematik terhadap rakyat Palestin.

Beliau merujuk kepada serangan di perkampungan Sarra di barat Nablus pada Jumaat (24 Jul) yang menurutnya turut menjadi sasaran pada 17 Julai lalu.

Encik Ubai mendakwa sekumpulan pendatang haram Israel memasuki perkampungan itu sebelum membakar sebuah rumah ketika sebuah keluarga berada di dalamnya.

Bagaimanapun, semua ahli keluarga terbabit dilaporkan berjaya diselamatkan penduduk kampung sebelum kebakaran merebak.

Beliau turut mendakwa tentera Israel sering campur tangan selepas kejadian sedemikian berlaku, termasuk melaksanakan perintah berkurung dan menahan penduduk Palestin yang cuba mempertahankan diri.

Menurut Encik Ubai, hampir 600 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, terbunuh di Tebing Barat sejak Oktober 2023 dalam insiden yang membabitkan tentera Israel dan pendatang haram Israel.

Beliau turut mendakwa hampir tiada tindakan undang-undang diambil terhadap individu yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
Sumber : Agensi berita/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita