Aktivis antimerokok Indonesia gesa iklan rokok diharamkan di semua wadah media
Golongan aktivis antimerokok di Indonesia menggesa pemerintah negara itu mengharamkan sama sekali iklan-iklan rokok di semua wadah media, serta kegiatan promosi dan tajaan rokok.
JAKARTA: Golongan aktivis antimerokok di Indonesia menggesa pemerintah negara itu mengharamkan sama sekali iklan-iklan rokok di semua wadah media, serta kegiatan promosi dan tajaan rokok.
Gesaan itu dibuat tidak lama selepas Jakarta mengharamkan syarikat-syarikat tembakau daripada memasarkan produk-produk mereka di laman web dan media sosial.
Langkah itu diambil bagi membendung bertambahnya jumlah perokok muda di negara itu.
Sipayung mula merokok pada usia 9 tahun kerana tersepit dalam keadaan hidup dan dipengaruhi orang-orang di sekelilingnya.
Sipayung sedar kanak-kanak kini mudah terpengaruh dengan iklan-iklan rokok di internet.
Oleh itu beliau membuat keputusan untuk berhenti merokok agar menjadi contoh yang baik kepada anak perempuannya.
Indonesia merupakan salah sebuah negara dengan jumlah perokok tertinggi di dunia.
Bilangan perokok muda meningkat dari 7.2 peratus pada 2013 kepada 9.1 peratus tahun lalu.
Terdapat lebih 171 juta pengguna internet di negara itu, lantas wadah tersebut adalah salah satu cara paling berkesan bagi menjual produk tembakau.
"Itu betul-betul sangat meresahkan, kerana memang kita tahu media online itu sampai ke lapisan paling jauh, paling bawah dan lapisan itu tidak boleh kita pantau - apakah itu orang tua, apakah itu remaja, atau anak-anak atau orang dewasa," menurut Ketua Biro Perhubungan & Khidmat Awam, Cik Widyawati.
Para aktivis bagaimanapun berkata menyekat iklan di internet sahaja tidak akan mengurangkan jumlah perokok muda di negara itu.
Golongan anti merokok juga menggesa pemerintah Jakarta supaya mengesahkan rangka kerja Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai kawalan tembakau.
Rangka Kerja itu bersetuju pengharaman semua kegiatan pemasaran produk tembakau adalah cara paling berkesan untuk mengurangkan jumlah perokok muda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.