Akses bagi air zam-zam di Masjidil Haram dilonggarkan semula
Sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan COVID-19 di Arab Saudi, akses percuma air zam-zam kepada para pengunjung Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah dihentikan sejak Mac lalu.

(Gambar fail: SPA)
MAKKAH: Sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan COVID-19 di Arab Saudi, akses percuma air zam-zam kepada para pengunjung Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah dihentikan sejak Mac lalu.
Namun kini dengan pembukaan semula ibadah umrah di bawah fasa ketiga, pihak berkuasa Saudi telah mula melonggarkan sekatan-sekatan tersebut.
Sejak awal minggu ini, tong-tong air zam-zam kembali diletakkan di merata tingkat dua Masjidil Haram.
Namun jumlahnya tetap terhad dan jemaah tidak dibenarkan mengambilnya sendiri dari tong-tong air zam yang disediakan.
Sebaliknya, ada kakitangan khas yang akan mengambilkannya untuk jemaah.
Bagi jemaah yang menjalankan ibadah umrah pula, air zam-zam di dalam botol-botol kecil masih disediakan untuk mereka.
Ada juga kakitangan masjid yang membawa tangki-tangki bergerak berisi air zam-zam, bagi menghidangkannya kepada orang ramai, sama ada di dalam atau sekeliling Masjidil Haram.
Untuk para penduduk Saudi sendiri, khususnya di kota Makkah, lazimnya mereka boleh mengambil air zam-zam secara percuma di luar Masjidil Haram atau pusat pengumpulan air zam-zam di Kudai.
Namun sejak pandemik COVID-19 sekarang, setiap penduduk hanya dibenarkan membeli air zam-zam secara online dan dihadkan kepada empat botol 5 liter bagi setiap bulan.
Kini air zam-zam juga dijual di pasar raya di Makkah pada harga SR5.50 (S$2) sebotol.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.