Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Akibat puntung rokok, rumah hangus terbakar

Akibat terlelap ketika merokok, seorang buruh tidak menyedari puntung rokoknya yang masih menyala sudah menyemarakkan api yang membakar rumahnya dan hampir meragut nyawanya sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Akibat puntung rokok, rumah hangus terbakar

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 20 Jul 2019 10:32PM Dikemas Kini : 20 Jul 2019 10:34PM

KANGAR: Akibat terlelap ketika merokok, seorang buruh tidak menyedari puntung rokoknya yang masih menyala sudah menyemarakkan api yang membakar rumahnya dan hampir meragut nyawanya sendiri.

Mangsa kebakaran, Encik Khairul Arnizar Embi, 35 tahun, berkata sebelum kejadian beliau baru sahaja pulang ke rumahnya di pangsapuri Sri Sena di sini pada pukul 1.50 petang dan berehat di ruang tamu rumahnya sambil merokok.

Encik Khairul Arnizar berkata ketika itu beliau terlelap tanpa memadam api rokoknya. Beliau tersedar apabila terhidu bau asap dan mendapati ruang tamu rumahnya terbakar serta dipenuhi asap lalu terus keluar menyelamatkan diri.

"Saya menyesal kerana terlepas puntung rokok sebab terlelap. Jadi, saya tak sempat nak selamatkan apa pun barangan dalam rumah," katanya kepada pemberita dengan nada sedih.

Bagaimanapun beliau bersyukur kerana api tidak merebak ke rumah jirannya.

Beliau tidak dapat menganggarkan jumlah kerugian ditanggung dan kini terpaksa menumpang di rumah ibu saudaranya di blok pangsapuri yang sama.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perlis Encik Mohd Khairull Rizall Yahya berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pada jam 1.58 petang mengenai unit pangsapuri yang terbakar itu.

Beliau berkata seramai 10 anggota dan tiga jentera bomba bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan.

"Unit pangsapuri itu terbakar kira-kira 70 peratus. Punca kebakaran dan anggaran kerugian sedang disiasat," katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan