Skip to main content

Dunia

Akibat mahu ambil gambar, kanak-kanak kecil terjatuh di landasan kereta api

Seorang kanak-kanak diselamatkan oleh kakitangan stesen setelah dia terjatuh di landasan kereta api laju di sebuah stesen kereta api di Wuhan pada Ahad (3 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Akibat mahu ambil gambar, kanak-kanak kecil terjatuh di landasan kereta api

Seorang kanak-kanak diselamatkan oleh kakitangan stesen setelah dia terjatuh di landasan kereta api laju. (Gambar: Weibo/Chen Qixiong)

Diterbitkan : 04 Feb 2019 05:13PM Dikemas Kini : 04 Feb 2019 05:17PM

WUHAN: Seorang kanak-kanak diselamatkan oleh kakitangan stesen setelah dia terjatuh di landasan kereta api laju di sebuah stesen kereta api di Wuhan pada Ahad (3 Feb).

Menurut satu laporan oleh Changjiang Daily, seorang wanita dan anak lelakinya yang berusia antara dua hingga tiga tahun, sedang menunggu sebuah kereta api di stesen kereta api Wuchang untuk pulang ke rumah di Shiyan pada jam 12.36 petang masa tempatan apabila insiden itu berlaku.

Ketua khidmat penumpang di stesen itu, yang dikenali sebagai Song, melaporkan bahawa wanita itu ingin memetik gambar budak lelaki itu bersebelahan dengan kereta api itu, dan mengarahkannya untuk berdiri bersebelahannya. Beliau kemudian menyuruhnya mengundur ke belakang beberapa kali.

Oleh kerana budak lelaki itu sedang menghadap wanita itu, dia tidak sedar bahawa dia sedang bergerak menghampiri celah antara kereta api dan platform itu, sekali gus terjatuh ke dalamnya, menurut laporan.

Celahan itu dalam dan sempit, kerana landasan kereta api itu lebih semeter di bawah platform tersebut.

Dua kakitangan yang sedang membantu para penumpang di platform itu terlihat insiden itu dan bergegas untuk menyelamatkan budak kecil itu.

Salah seorang daripada mereka, anggota kakitangan veteran Encik Guan Yuyu, menyedari bahawa tubuh kecilnya itu membenarkannya untuk memasuki celahan tersebut, dan melompat ke dalam untuk mencapai budak kecil itu.

Kakitangan berusia 50 tahun itu mengangkat budak kecil tersebut dan menyerahkannya kepada rakan kerjanya yang berada di platform.

Setelah Encik Guan memanjat naik ke platform, beliau berbincang dengan rakan kerjanya sama ada budak lelaki itu patut dibawa untuk mendapatkan rawatan perubatan. Budak kecil itu diserahkan kepada wanita yang sedang menangis, yang kemudian mendedahkan bahawa beliau ibu kepada budak tersebut.

Beliau kemudian memeriksa anaknya dan mendapati bahawa dia tidak mengalami sebarang kecederaan, dan meneruskan perjalanan mereka pulang. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita