Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Akibat kentang tak panas, wanita lepas tembakan di McDonald's

Dalam filem Ahmad Albab, Mashood Al-Buaya mengamuk menjamah hidangan tawar. Bagi seorang pelanggan di McDonald's ini pula, reaksinya lebih menyeramkan...

Anggaran Waktu Membaca:
Akibat kentang tak panas, wanita lepas tembakan di McDonald's

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 25 Jul 2019 11:35PM Dikemas Kini : 25 Jul 2019 11:38PM

GEORGIA: Seorang wanita berusia 27 tahun diberkas pada Isnin (22 Jul) selepas dia menyerbu masuk satu cawangan McDonald's di Georgia, Amerika Syarikat dengan membawa senjata api dan melepaskan satu das tembakan, selepas mendakwa kentang goreng yang dihidangkannya tidak panas lagi.

Menurut agensi berita Georgia, WTOC, pengurus restoran itu berkata wanita tersebut Lillian Traver memesan kentang goreng 'french fries' lalu beredar, namun kembali ke restoran itu untuk mengadu tentang kentang yang sejuk.

WTOC melaporkan satu "pergaduhan" menyusul.

"Dia mencampak air ke arah saya dan pengurus, dan kemudian masuk ke belakang kaunter," menurut seorang kakitangan restoran, Lynn Watson.

Cik Watson berkata mereka kemudian bergasak.

Pelanggan tersebut tidak lama kemudian keluar ke keretanya dan kembali ke restoran itu dengan membawa senjata api.

Dia melepaskan satu das tembakan dan beredar selepas dkembalikan wangnya, menurut WTOC. Tiada orang dilaporkan cedera.

Polis tempatan tiba di tempat kejadian pada sekitar 2.50 petang namun Tarver tidak lagi berada di situ.

Polis akhirnya menemui Tarver dan menahannya, menurut satu laporan Newsweek.

Menurut laporan, Tarver sebelum ini pernah ditahan atas beberapa kesalahan memandu dan didakwa melarikan diri daripada pegawai polis atas kesalahan menipu, merompak menggunakan senjata, mencederakan orang dan banyak lagi.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan