Skip to main content

Dunia

Akaun Telegram Pengarah Kesihatan Negeri Johor digodam

Anggaran Waktu Membaca:
Akaun Telegram Pengarah Kesihatan Negeri Johor digodam

Gambar: Facebook/ Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Diterbitkan : 11 Dec 2022 02:04PM Dikemas Kini : 11 Dec 2022 02:06PM
JOHOR BAHRU: Akaun Telegram milik Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu digodam oleh penipu.

Dr Aman memaklumkan perkara itu disedarinya selepas ada pihak menerima mesej menerusi aplikasi tersebut yang mengatakan beliau mahu meminjam wang, seperti dinukil daripada Astro AWANI.

"Mohon kemaafan untuk semua yang mengenali saya, sila abaikan permintaan daripada akaun Telegram saya yang mengatakan mahu meminjam wang.

"Dimaklumkan bahawa akaun Telegram saya telah digodam. Harap maaf dan maklum," katanya ketika dihubungi, di Johor Bahru pada Ahad (11 Dis).

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasmi milik jabatan tersebut turut memaklum perkara sama, lapor Astro AWANI.
"Segala WhatsApp ataupun mesej dalam Telegram yang menyamar sebagai yang berhormat Dr Aman Rabu yang meminta duit daripada pelbagai individu adalah palsu dan merupakan penipu yang menyamar sebagai beliau.

"Mohon semua yang mesej itu supaya jangan terpedaya," menurut kenyataan berkenaan.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita