Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Akaun bank badan amal Mother Teresa di India dibekukan dek unsur pembiayaan asing

Anggaran Waktu Membaca:
Akaun bank badan amal Mother Teresa di India dibekukan   dek unsur pembiayaan asing

(Gambar: AFP/Prakash SINGH)

Diterbitkan : 28 Dec 2021 10:02AM Dikemas Kini : 28 Dec 2021 10:02AM

NEW DELHI: Akaun bank pertubuhan Missionaries of Charity (MoC), yang ditubuhkan oleh mendiang pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Mother Theresa dibekukan di India disebabkan unsur pembiayaan asing.

Permohonan pembaharuan pertubuhan Roman Katolik itu di bawah Akta Sumbangan (Peraturan) Asing (FCRA) ditolak pada Sabtu (25 Dis) kerana tidak memenuhi syarat kelayakan, menurut Kementerian Dalam Negeri persekutuan.

"Tiada permohonan atau permohonan untuk semakan diterima daripada MoC untuk mengkaji semula penolakan pembaharuan itu," kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Isnin (28 Dis).

Bagaimanapun, kementerian berkata ia tidak membekukan sebarang akaun MoC dengan Bank Negara India (SBI), sebuah bank sektor awam.

"SBI telah memaklumkan bahawa MoC sendiri menghantar permohonan kepada SBI untuk membekukan akaunnya," kata Kementerian Dalam Negeri.

MoC yang berpangkalan di Kolkata, ibu kota negeri Bengal Barat itu terkenal dengan kerja-kerja amalnya di kawasan setinggan yang luas di bandar ini.

"22,000 pesakit dan pekerja mereka ditinggalkan tanpa makanan dan ubat-ubatan," kata Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee dalam catatan Twitter beliau.

“Meskipun undang-undang itu penting, usaha kemanusiaan juga tidak boleh diabaikan," kata beliau.

Pertubuhan amal itu ditubuhkan pada tahun 1950 oleh Mother Teresa, anak kelahiran Skopje, di Macedonia Utara yang meninggal dunia di Kolkata pada tahun 1997 dan diberikan pengebumian negara.

MoC disiasat oleh pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) berhubung dakwaan perdagangan anak angkat pada 2018.

Awal bulan ini, pihak berkuasa di negeri barat Gujarat yang diperintah BJP berkata mereka sedang menyiasat sama ada MoC memaksa gadis di rumah perlindungan untuk memakai salib dan membaca Bible.

BJP dan kumpulan gabungannya, secara kolektif dikenali sebagai "Sangh Parivar", sering membuat dakwaan "pertukaran agama secara paksa" di institusi yang dikendalikan oleh penganut Kristian itu.

Penganut Kristian mewakili kira-kira dua peratus daripada 1.38 bilion penduduk India.

Sambutan Krismas di beberapa tempat di negara ini telah diganggu oleh kumpulan pemerhati Sangh.

Pengkritik menuduh mereka mempromosikan "Hindutva" (ketuanan Hindu) dan keganasan terhadap komuniti minoriti, termasuk orang Islam.

Sumber : Bernama/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa