Skip to main content

Dunia

AS akan kenakan sekatan paling ketat terhadap Iran

Amerika Syarikat memberi amaran bahawa Iran bakal berdepan sekatan terburuk yang pernah dihadapinya.

Anggaran Waktu Membaca:
AS akan kenakan sekatan paling ketat terhadap Iran

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo memberi ucapan di Yayasan Warisan. (Gambar: J.SCOTT APPLEWHITE/AP Photo)

Diterbitkan : 22 May 2018 09:04AM Dikemas Kini : 22 May 2018 09:07AM

WASHINGTON: Amerika Syarikat memberi amaran bahawa Iran bakal berdepan sekatan terburuk yang pernah dihadapinya.

Semua itu bertitik tolak dengan keputusan Presiden Donald Trump yang berundur daripada Perjanjian Nuklear Iran yang ditandatangani mantan Presiden Barrack Obama pada 2015.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo berkata strategi pentadbiran Presiden Trump kini adalah bagi menghalang program nuklear Iran dan menentang tingkah laku serta campur tangan Iran di rantau Asia Barat.

Menurut Encik Pompeo, Encik Obama tersilap apabila menyangka Iran akan menghentikan keganasan di rantau itu serta akan mematuhi undang-undang antarabangsa yang ditetapkan dalam perjanjian tersebut.

Tegas beliau, Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) yang terdapat dalam perjanjian tersebut meletakkan masyarakat antarabangsa dalam bahaya.

Malah, jawatankuasa itu juga gagal meyakinkan Presiden Trump yang menuntut keselamatan rakyatnya.

"Presiden Trump mengundurkan diri daripada kesepakatan itu dengan alasan yang cukup sederhana iaitu gagalnya keselamatan yang dijamin akan diberikan kepada rakyat Amerika Syarikat daripada risiko yang dibawa para pemimpin Iran.

"Sekarang tidak akan ada lagi, tidak akan ada lagi sumber kekayaan bagi kleptokrat Iran, tidak ada lagi penerimaan peluru berpandu mendarat di Riyadh dan Dataran Tinggi Golan, tidak akan ada lagi kos (untuk membiayai) kuasa Iran yang berkembang bebas dan JCPOA telah meletakkan dunia dalam risiko yang tinggi," jelasnya.

Tambah beliau, perjanjian itu jelas menunjukkan kelemahan hingga mengakibatkan kemusnahan kemusnahan di beberapa negara Arab.

"Sengatan sekatan itu nanti akan menyakitkan jika rejim itu tidak mengubah perjalanannya yang tidak dapat diterima dan tidak produktif yang telah dipilih oleh gabungan beberapa negara sebelum ini.

"Ini akan menjadikan sekatan terhebat dalam sejarah apabila kita selesai nanti. Rejim Iran telah berjuang di seluruh Timur Tengah selama bertahun-tahun," jelas beliau.

Encik Pompeo selanjutnya berkata apabila tindakan itu diambil maka Iran hanya akan ada dua pilihan, iaitu mematuhi tuntutan baru oleh Washington atau berdepan kesemua kesusahan tersebut jika masih berdegil.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita