Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ajaran Syiah melalui aplikasi digital Al-Quran akan ditangani sewajarnya

Anggaran Waktu Membaca:
Ajaran Syiah melalui aplikasi digital Al-Quran akan ditangani sewajarnya

Ketua Pembangkang Malaysia, Hamzah Zainudin. (Gambar: BERNAMA)

SELAMA: Pihak berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani penularan pengaruh ajaran Syiah dan mu’tazilah yang dikesan dalam aplikasi digital Al-Quran, kata Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin.

“Isu Syiah ini jelas di negara kita. Tidak perlu dibangkitkan dan dihangatkan masalah ini. Yang penting apabila keputusan sudah dibuat Jemaah Mufti, kita harus terima.

“Jakim atau sesiapa sahaja penguat kuasa, pasti mereka ambil tindakan,” kata beliau ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri beliau bersama Perikatan Nasional Larut di Dewan Majlis Daerah Selama hari ini (21 Mei).

Jakim dilaporkan sudah mengesan aplikasi digital al-Quran yang mengandungi penyelewengan atau tafsiran yang menyimpang antaranya merangkumi pengaruh mu’tazilah dan tafsiran berasaskan fahaman Syiah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad dilapor berkata perkara itu hasil dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Bahagian Penyelidikan Jakim pada tahun lepas mengenai penyelewengan pentafsiran dalam aplikasi digital.

Jakim turut mendapati terdapat lebih 500 aplikasi Al-Quran dalam Google Play Store dan Apple Store di seluruh dunia.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan