DUBAI: Sebuah kedai pencuci mulut di Dubai melancarkan aiskrim yang dianggap termahal di dunia. Harganya? Hanya AS$817.
Penciptanya, seorang peniaga di India, Zubin Doshi berkata harga mahal itu memang wajar setelah mengambil kira bahan-bahan yang digunakan.
Aiskrim 'Black Diamond' diperbuat daripada 'Italian Truffles', 'Ambroisal Iranian Saffron' dan emas 23 karat yang boleh dimakan. Ia kemudian dihidang di dalam mangkuk Versace yang boleh disimpan oleh pembeli.
Aiskrim itu dijual di Scoopi Cafe, tidak jauh dari hotel berprestij, Burj Al Arab.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.