Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Airbnb batalkan pakej bermalam di Tembok Besar China

Peraduan dibatalkan menyusuli tentangan online yang suarakan kebimbangan ia mungkin mengakibatkan kerosakan di tapak bersejarah itu

Anggaran Waktu Membaca:
Airbnb batalkan pakej bermalam di Tembok Besar China

Logo Airbnb. (Gambar fail: REUTERS/Yuya Shino)

Diterbitkan : 08 Aug 2018 06:40PM Dikemas Kini : 08 Aug 2018 06:42PM

BEIJING: Laman sewa rumah, Airbnb membatalkan satu peraduan yang menawarkan peluang bermalam di sebahagian Tembok Besar China menyusuli tentangan online daripada para individu yang bimbang ia mungkin mengakibatkan kerosakan di tapak bersejarah itu.

Laporan mengenai peraduan "Night At The Great Wall" tular di media sosial China di mana para pengkritik menyifatkannya sebagai satu tindakan pemasaran yang tidak menghormati monumen bersejarah tersebut.

Dilancarkan pada minggu lalu, peraduan itu mengajak para pengguna media sosial supaya menulis tentang memecahkan tembok budaya serta membina hubungan-hubungan baru.

Empat pemenang berpeluang bermalam di sebuah bilik tidur yang dibina khas di sebuah menara pengawal monumen bersejarah berkenaan. Airbnb menyatakan bahawa ia dijalankan dengan rundingan bersama para pakar pemuliharaan, maka itu "tiada sebarang paku" pada Tembok Besar China perlu ditanggalkan.

Sebelum ini, Airbnb menganjurkan peraduan-peraduan serupa di Catacombs, Paris, Terumbu Sawar Besar, Australia dan Abbey Road Studios, London.

Lebih 8.6 juta pelancong China pernah menggunakan Airbnb dan syarikat itu mempunyai sekitar 150,000 senarai bilik di China. Namun, ia berdepan dengan persaingan sengit daripada para pesaing tempatan, seperti Tujia dan Xiaozhu yang berkembang disebabkan tiadanya peraturan-peraturan pihak pemerintah China berhubung sektor yang pesat berkembang itu.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan