Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AirAsia syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia 13 kali berturut-turut

CEO Capital A Tony Fernandes berkata tahun ini terasa lebih istimewa kerana para pengundi terus menyokong syarikatnya walaupun sudah melalui tempoh yang amat sukar berikutan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
AirAsia syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia 13 kali berturut-turut

Pesawat AirAsia X. (Gambar fail: AFP/AirAsia X)

KUALA LUMPUR: AirAsia dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2022 untuk tahun ke-13 berturut-turut.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tony Fernandes berkata tahun ini terasa lebih istimewa kerana para pengundi terus menyokong syarikat walaupun sudah melalui tempoh yang amat sukar berikutan COVID-19.

“Kami akan terus terbang tinggi. Kami telah bertahan, membina semula perniagaan dan kini sedang pulih untuk terus menawarkan lebih nilai dan pilihan kepada semua tetamu kami,” katanya dalam kenyataan hari ini (24 Sep).

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob turut mengucapkan tahniah atas pencapaian tersebut, menyatakan AirAsia bukan sahaja sudah memacu dan merevolusikan perjalanan udara dengan tambang rendah di Malaysia dan ASEAN, malah memberi sumbangan besar kepada industri pelancongan dan sektor ekonomi negara.

“Ini sememangnya satu pencapaian yang hebat bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Skytrax Edward Plaisted berkata AirAsia mentakrifkan semula perjalanan udara dengan tambang rendah di Asia dan walaupun sudah menghadapi cabaran pasca-pandemik baru-baru ini, ia terus menjadi pilihan pelanggan.

“Memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-13 adalah satu pencapaian yang menakjubkan dan kami mengucapkan tahniah kepada semua ahli keluarga AirAsia atas pencapaian ini,” katanya.

Sebagai anugerah penanda aras global bagi kecemerlangan syarikat penerbangan, Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2022 menerima undian daripada 14.3 juta pelanggan yang terdiri daripada lebih 100 warganegara yang mengundi lebih 300 syarikat penerbangan dari September 2021 hingga Ogos 2022. 
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan