AirAsia sokong program bantuan dan pemulihan taufan di Filipina
Pesawat-pesawat AirAsia, syarikat penerbangan subsidiari Capital A, di landasan terbang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang, Malaysia pada 26 Februari 2024 (Gambar Fail: REUTERS/Hasnoor Hussain)
Dalam kenyataan pada Sabtu (15 Nov), AirAsia menjelaskan sumbangan itu merupakan sebahagian inisiatif “To the Philippines with Love” yang dilancarkan dalam semangat solidariti ASEAN susulan bencana alam baru-baru ini, termasuk gempa bumi yang melanda Cebu pada Oktober serta Taufan Tino (Kalmaegi) yang menjejaskan wilayah itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dan Penasihat AirAsia Aviation Group, Tony Fernandes berkata AirAsia berharap sumbangan itu dapat memberikan harapan dan membantu membangunkan semula perniagaan dan membolehkan penduduk setempat bangkit kembali.
“Sumbangan itu akan disalurkan menerusi AirAsia Foundation yang merupakan cabang dermawan kumpulan dalam menyokong projek bantuan dan pembinaan semula.
“Keutamaan diberikan kepada infrastruktur komuniti serta latihan dan kesedaran untuk memperkukuh keupayaan komuniti rentan dalam menghadapi bencana,” kata beliau dalam kenyataan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.