AirAsia semak semula dasar selepas keluarga penumpang palsi serebrum diarah turun pesawat atas 'dasar keselamatan'
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Syarifah Ella Wan Wahab)
SINGAPURA: AirAsia menyatakan pihaknya sedang menyemak semula dasarnya selepas sebuah keluarga yang melancong dengan seorang anak yang menghidap palsi serebrum tidak dibenarkan menaiki pesawat bagi penerbangan dari Singapura ke Kuching.
Syarikat penerbangan itu menjelaskan keputusan itu berkaitan dengan peraturan mengenai kesesuaian peranti pengekang kanak-kanak yang digunakan di dalam pesawat.
Ketua pegawai keselamatan dan mutu AirAsia X, Saravanan Subramaniam berkata syarikat penerbangan itu sedang menyemak prosedur berkaitan sistem pengekangan kanak-kanak khas untuk memperjelas dan memastikan pelaksanaannya lebih seragam.
Keluarga Dakwa Mereka Diminta Turun Dari Pesawat
Insiden itu terdedah selepas Syarifah Ella Wan Wahab berkongsi rungutannya di Facebook pada 28 Mei.
Beliau berkata keluarganya, termasuk anak perempuannya yang menghidap palsi serebrum quadriplegik, menaiki pesawat pada 26 Mei apabila mereka dimaklumkan bahawa juruterbang menolak penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang diluluskan FAA di dalam pesawat itu.
Menurut catatannya, keluarga itu telah mengisytiharkan kerusi tersebut semasa daftar masuk di Lapangan Terbang Changi, dan kakitangan juga sedia maklum tentang keadaan perubatan anak perempuannya.
Cik Syarifah berkata keluarga itu berulang kali diberitahu bahawa ia adalah dasar AirAsia, dengan anak kapal kemudian menjelaskan bahawa kerusi keselamatan kanak-kanak itu hanya boleh digunakan untuk kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga tiga tahun dan beratnya di bawah 18kg.
Beliau mempersoalkan dasar tersebut, dengan menyatakan bahawa anak perempuannya memerlukan tempat duduk itu atas sebab-sebab perubatan dan sebelum ini pernah menaiki penerbangan AirAsia menggunakan kerusi yang sama.
AirAsia Sedang Semak Prosedur
Selepas turun dari pesawat, keluarga itu dilaporkan ditawarkan tempat duduk dalam penerbangan seterusnya ke Kuching, tetapi mereka menolak tawaran itu selepas dimaklumkan bahawa mereka masih berkemungkinan ditolak, bergantung kepada keputusan juruterbang.
AirAsia akur bahawa keluarga itu mungkin mempunyai jangkaan yang berbeza berdasarkan pengalaman perjalanan mereka sebelum ini.
Syarikat penerbangan itu menyatakan pihaknya telah menghubungi keluarga tersebut untuk memberikan penjelasan dan bantuan, dan menggalakkan penumpang yang melancong dengan peranti pengekang kanak-kanak khas agar menyediakan dokumen sokongan dan pensijilan sebelum berlepas bagi membantu kakitangan menilai kelulusan terlebih dahulu.
Mediacorp sudah menghubungi AirAsia untuk maklumat lanjut.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.