Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AirAsia mulakan penerbangan SG-Sibu mulai 16 Dis

Anggaran Waktu Membaca:
KUCHING: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah berkata syarikat penerbangan AirAsia akan memulakan penerbangan Singapura-Sibu sebanyak empat kali seminggu mulai 16 Disember ini.

Encik Abdul Karim juga berkata penerbangan ulang-alik antara Singapura dengan Kuching dan Singapura dengan Miri kendalian Scoot juga akan dilancarkan.

Menurut Encik Abdul Karim, jumlah pelawat ke Sarawak hampir kembali ke keadaan sebelum pandemik COVID-19.

Di samping itu, beliau berkata Sarawak juga akan mempunyai syarikat penerbangannya sendiri di rantau ini yang dijangka mula beroperasi tahun depan.

"Sarawak memang sudah ada syarikat penerbangan kecil sendiri yang beroperasi di negeri ini yang digunakan kerajaan negeri dan akan memainkan peranan penting dalam syarikat penerbangan Sarawak terbabit," tambahnya.
Sumber : Bernama/ZM/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan