Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AirAsia mulakan penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong pada 10 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
GEORGE TOWN: AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata laluan Pulau Pinang-Hong Kong dikendalikan AirAsia akan memberi kelebihan bagi meraih pertumbuhan lebih tinggi dalam industri pelancongan dan ekonomi, lapor Astro Awani.

"Hong Kong adalah destinasi yang sangat popular bagi rakyat Malaysia, jadi laluan baru ini pastinya diterima dengan baik.

"Kami memuji AsiaAsia atas usaha tidak berbelah baginya untuk memperkenalkan laluan unik, terus mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia dengan keseluruhan 217 penerbangan seminggu," katanya dalam sidang media di George Town, pada Rabu (7 Jun).

Di samping membolehkan penduduk Pulau Pinang meneroka negara lain, beliau berkata penerbangan langsung itu juga akan mengukuhkan status negeri tersebut sebagai destinasi pelancongan utama dan menyumbang secara signifikan kepada tarikan keseluruhan pulau itu, menurut Astro Awani.

"Peningkatan itu dijangka menjana resit pelancongan yang lebih besar, mewujudkan impak ekonomi yang signifikan untuk perniagaan tempatan dan ekonomi negeri secara keseluruhannya.

"Kemasukan pengembara akan merancakkan pelbagai sektor, termasuk hospitaliti, makanan dan minuman, runcit dan pengangkutan, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan menyumbang kepada kemakmuran Pulau Pinang secara keseluruhannya," tambahnya.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan