Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AirAsia Malaysia mansuh pemakaian pelitup dalam pesawat

Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Malaysia memansuhkan syarat memakai pelitup di dalam penerbangannya berkuat kuasa serta merta susulan pengumuman oleh kerajaan berhubung pemansuhan pemakaian pelitup dalam pesawat.

Anggaran Waktu Membaca:
AirAsia Malaysia mansuh pemakaian pelitup dalam pesawat

Gambar fail pesawat AirAsia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 29 Sep 2022 04:10PM Dikemas Kini : 29 Sep 2022 04:11PM
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Malaysia memansuhkan syarat memakai pelitup di dalam penerbangannya berkuat kuasa serta merta susulan pengumuman oleh kerajaan berhubung pemansuhan pemakaian pelitup dalam pesawat.

Menurutnya dalam satu kenyataan pada Khamis (29 Sep), pemakaian pelitup di dalam penerbangan AirAsia Malaysia adalah atas pilihan tetamu, kecuali jika mereka melakukan perjalanan ke atau dari destinasi yang memerlukan pemakaian pelitup di dalam pengangkutan awam.

Tambahnya, tetamu yang ingin memakai pelitup di dalam penerbangan boleh terus berbuat demikian.

AirAsia menerangkan, keselamatan para tetamu adalah keutamaan dan syarikat akan terus beroperasi dengan standard keselamatan yang ketat.

"Semua pesawat AirAsia dilengkapi dengan penapis udara kecekapan tinggi HEPA yang mampu menghapuskan 99.99 peratus zarah habuk dan bahan tercemar bawaan udara termasuk virus dan bakteria.

"Udara kabin disegarkan sepenuhnya setiap tiga minit untuk memastikan mutu udara adalah pada tahap maksimum sepanjang penerbangan mereka" jelasnya lagi.

Semalam, Kementerian Kesihatan negara itu mengumumkan pemakaian pelitup di dalam pesawat tidak lagi diwajibkan selepas mengambil kira teknologi pesawat yang bertambah baik dan kes COVID-19 di Malaysia berjaya dikawal dengan lebih baik.
Sumber : Bernama/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan