Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Air teh bunga campur madu jadi rebutan pelanggan di bulan Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
teh_bunga
Diterbitkan : 26 Mar 2024 09:46PM Dikemas Kini : 26 Mar 2024 09:50PM
ALOR SETAR: Cuaca panas yang melanda negeri Jelapang Padi ketika ini memberi peluang rezeki yang lebih kepada peniaga air teh bunga di bazar Ramadan Stadium Darulaman.

Gerai yang diusahakan Zaidi Zainol Abidin, 56, sering menjadi tumpuan pengunjung kerana teh bunga bukan sekadar menghilangkan dahaga malah dapat menyejukkan badan.

Menurut Encik Zaidi, 56, antara keistimewaan air teh bunga yang dihasilkannya adalah lebihan madu yang digunakan, selain ramuan lain ciptaan sendiri sehingga menarik minat pelanggannya.

“Keistimewaan air teh bunga ini ialah campuran dengan madu, itulah tarikan lebah di sini.

"Ada juga lebah yang masuk ke dalam minuman tetapi ia tidak membahayakan kesihatan malah pelanggan sudah biasa membawa pulang air minuman teh bunga dengan percuma lebah.

"Bila sampai di rumah, mereka akan tapis dan buang lebah itu sebelum minum malah air teh bunga ini dijual ini tidak mahal cuma berharga RM2 (S$0.57) sebungkus," katanya ketika ditemui di bazar Ramadan, seperti dinukil Astro AWANI.

Menurut Encik Zaidi, setiap hari beliau akan menghasilkan sekurang-kurangnya 20 hingga 25 tong air teh bunga yang dijual bermula pukul 3.00 petang.

Katanya, dengan bantuan empat pekerjanya, mereka bukan saja sudah lali disengat lebah malah sudah tidak hairan dengan kehadiran serangga itu yang dianggap sebagai rezeki.

Menurutnya, pada tahun ini dia terpaksa menaikkan sedikit harga berbanding tahun lalu.

“Harga tahun ini saya naik tahun lepas RM2 tahun (S$0.57) ini RM3 (S$0.85) sebab barang pun naik harga gula pun sekarang susah sikit untuk dapat jadi saya terpaksa naikkan RM1 (S$0.28) tetapi kuantiti bungkusan saya bagi lebih walaupun naik harga tapi kuantiti lebih daripada tahun lepas.

“Harga RM2 saya kekal sejak dari 10 tahun lalu, jadi kenaikan RM1 tidak banyak mana.

“Saya jual setahun sekali sahaja jadi sesiapa yang ketagih (teringin) tu hanya bulan puasa sahaja boleh dapat,” ujarnya lagi seperti dinukil Astro AWANI.
Sumber : Agensi berita/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan