Air New Zealand kurangkan jadual penerbangan, naikkan harga tiket susuli krisis bahan api
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Marty MELVILLE / AFP)
ISTANBUL: Air New Zealand mengumumkan pengurangan lanjut jadual penerbangan serta kenaikan harga tiket berikutan kos bahan api jet yang tinggi, lapor Anadolu Ajansi.
Syarikat penerbangan itu melaksanakan perubahan itu bagi beberapa perkhidmatan pada Mei dan Jun, yang menjejas empat peratus penerbangan dan satu peratus daripada jumlah keseluruhan penumpang, menurut laporan Radio New Zealand pada Selasa (7 Apr).
Kos bahan api jet mencecah kira-kira AS$230 (S$308) setong berdasarkan penanda aras Platts, berbanding kurang daripada AS$100 (S$128) sebelum tercetusnya perang Amerika Syarikat-Israel bersama Iran.
Syarikat itu memaklumkan rangkaian penerbangan domestiknya hanya mengalami pelarasan kecil bagi mengekalkan keterhubungan perkhidmatan di wilayah tertentu.
Syarikat penerbangan itu menawarkan bayaran balik atau kredit kepada pelanggan yang penerbangan baharu mereka tidak lagi sesuai dengan rancangan perjalanan.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.