Air mata iringi perjalanan pulang beruang panda kelahiran Malaysia ke China
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP/Mohd RASFAN
KUALA LUMPUR: Anak beruang panda gergasi, Sheng Yi dan Yi Yi yang ditempatkan di Zoo Negara, Hulu Kelang dihantar pulang ke China pada Selasa (29 Ogos).
Timbalan Menteri Kementerian Sumber, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia, Huang Tiong Sii berkata, penghantaran pulang dua anak panda itu bagi mematuhi Perjanjian Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda antara Malaysia dan Republik Rakyat China (RRC).
Yi Yi yang kini berusia lima tahun sepatutnya dihantar pulang pada tahun 2020, tetapi ditangguhkan susulan penularan pandemik COVID-19, lapor Kosmo! Online.
“Memandangkan Sheng Yi mencecah usia 24 bulan pada Mei lalu, China Wildlife Conservation Association (CWCA) bersetuju dengan cadangan Malaysia untuk menghantar kedua-dua anak beruang panda gergasi itu sekali.
“Penghantaran pulang anak beruang panda ini juga adalah bagi tujuan pemuliharaan beruang panda gergasi untuk membolehkan ia bergaul dan membiak dengan panda gergasi lain,” katanya pada sidang akhbar majlis perasmian 'send-off' Sheng Yi dan Yi Yi di Zoo Negara pada Selasa, dipetik daripada Kosmo! Online.
Turut hadir ialah Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing dan Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Encik Abdul Wahid Abu Salim.
Sheng Yi dan Yi Yi kini yang sudah dikuarantinkan untuk dibawa pulang, dijadual bergerak ke lapangan terbang pada pukul 4.00 petang pada Selasa.
Dalam pada itu, Encik Tiong Sii memaklumkan, satu penilaian bersama akan diadakan dengan CWCA pada tahun ini bagi menilai pencapaian Perjanjian Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda dalam aspek tahap kesihatan, pembiakan, pendidikan dan kesedaran awam, penyelidikan dan hubungan dua hala.
“Yi Yi yang bermaksud persahabatan, dan Sheng Yi yang bermaksud keamanan dan persahabatan menjadi nama pilihan bagi kedua-dua anak beruang panda gergasi daripada pasangan Fu Wa dan Feng Yi yang tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014.
“Nama-nama ini memberikan maksud yang signifikan dalam mengukuhkan ikatan antara Malaysia dan RRC,” ujarnya, lapor Kosmo! Online.
Encik Tiong Sii berkata, pihaknya berharap Giant Panda yang merupakan utusan khas daripada RRC dapat menggalakkan lagi persefahaman dan kerjasama erat di antara kedua-dua negara.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.