Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Air liur dari cacing ini dapat bantu atasi pencemaran plastik

Anggaran Waktu Membaca:
 Air liur dari cacing ini dapat bantu atasi pencemaran plastik

Gambar Laman Web: César Hernández/CSIC

WASHINGTON: Dua bahan yang terdapat pada air liur cacing pemakan limbah plastik - iaitu jejentik rama-rama yang memakan lilin yang digunakan lebah untuk membina sarangnya - dapat mengurai sejenis plastik yang biasa, kata para pengkaji pada Selasa (4 Okt), dalam satu kemajuan yang berpotensi menangani pencemaran plastik di peringkat global.

Para pengkaji berkenaan berkata dua bahan itu dikenal pasti pada air liur ulat bulu tersebut dapat melupuskan polietilena, plastik yang paling banyak digunakan di dunia serta penyumbang utama kepada krisis alam sekitar yang berlaku dari dasar laut hingga ke puncak gunung.

Kajian tersebut diteruskan daripada dapatan kajian 2017 bahawa cacing pemakan limbah plastik mampu melupuskan polietilena, namun pada waktu itu belum dapat dipastikan bagaimana serangga kecil tersebut dapat melakukan sedemikian. Jawapannya adalah enzim - bahan yang dihasilkan organisme hidup yang mencetuskan reaksi biokimia.

Untuk plastik dilupuskan, oksigen perlu menembusi polimer- atau molekul plastik - dalam langkah pertama yang penting, yang dinamakan pengoksidaan. Pengkaji mendapati enzim-enzim tersebut mencetuskan reaksi tersebut dalam beberapa jam tanpa perlunya prarawatan seperti penggunaan haba atau radiasi.

Ia "merubah paradigma pelupusan plastik' kata ahli biologi molekul Federica Bertocchini, dari Majlis Kajian Negara Sepanyol, yang mengetuai kajian yang diterbitkan dalam jurnal 'Nature Communications'.

Ideanya adalah untuk menghasilkan enzim air liur cacing tersebut secara sintetik, yang mana para pengkaji berjaya melakukannya, untuk melupuskan bahan plastik. Cik Bertocchini bagaimanapun berkata penggunaan berbilion cacing tersebut untuk menjalankan tugas itu membawa mudarat, termasuk penghasilan karbon dioksida ketika memetabolismekan polietilena.

Satu yayasan berkaitan dengan syarikat kejuruteraan plastik Jerman, Röchling, membantu menyumbang kepada kajian itu. Encik Bertocchini adalah salah satu daripada ketua syarikat terletak di Madrid, Plasticentropy, yang sedang berusaha untuk mengkomersialkan penggunaan enzim untuk melupuskan bahan plastik.
Sumber : CNA/AE/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan