Air Busan akan larang 'power bank' dalam bagasi kabin susuli insiden kebakaran
Anggaran Waktu Membaca:

Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran yang tercetus, dalam pesawat Air Busan di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan pada 28 Jan 2025. (Gambar: YONHAP/AFP)
SEOUL: Syarikat penerbangan Korea Selatan Air Busan tidak akan membenarkan penumpang untuk menyimpan alat pengecas mudah alih atau 'power bank' dalam bagasi kabin yang disimpan dalam kompartmen atas pesawat.
Pengumuman itu dibuat dalam apa yang disifatkan sebagai satu langkah awal pada Selasa (4 Feb).
Ini selepas salah satu daripada pesawatnya dijilat api minggu lalu.
Siasatan yang dijalankan ke atas insiden kebakaran itu, yang dipimpin oleh pihak berkuasa Korea Selatan, sudahpun bermula, tetapi punca nahas itu masih belum diketahui. Nahas udara hampir seringkali berpunca daripada pelbagai faktor, menurut para pakar.
Beg kabin penumpang yang sudahpun diperiksa di pintu masuk dan disahkan tidak mengandungi sebarang 'power bank' akan ditandakan dan kemudian dibenarkan disimpan dalam kompartmen bagasi kabin di bahagian atas pesawat. Langkah itu dijangka mula dirintis di beberapa laluan, bermula Jumaat ini (7 Feb) sebelum ia diperluaskan bagi semua penerbangan.
Sebarang 'power bank' hendaklah disimpan bersama penumpang supaya jika berlaku situasi di mana ia menjadi terlalu panas, menyebabkan asap atau mencetuskan kebakaran, ia dapat dikesan dan ditangani dengan segera.
Air Busan menekankan bahawa perubahan itu, yang juga akan merangkumi latihan kebakaran tambahan bagi anak kapal dan peralatan untuk mengawal kebakaran dalam pesawat, adalah sebagai respons kepada kenaikan bilangan insiden 'power bank' yang menjadi terlalu panas.
Insiden kebakaran tersebut, yang tercetus pada 28 Januari lalu ketika penerbangan itu sedang melakukan persiapan untuk berlepas ke Hong Kong, pertama kali dikesan oleh seorang anak kapal dalam kompartmen bagasi kabin di sebelah kiri belakang pesawat berkenaan, jelas Air Busan.
Semua yang berada di atas pesawat itu selamat dipindah keluar.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.