Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Air bah mula naik di kawasan rendah Johor

Anggaran Waktu Membaca:
Air bah mula naik di kawasan rendah Johor

(Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

JOHOR BAHRU: Hujan berterusan sejak semalam (23 Jan) menyebabkan beberapa kawasan rendah di negeri Johor dinaiki air di Kluang, Kota Tinggi dan Segamat.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor menyenaraikan 432 kawasan 'hotspot' banjir di negeri tersebut menyusuli amaran hujan berterusan tahap bahaya yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) semalam, lapor Astro AWANI. 

Pengarah APM Johor Penolong Pesuruhjaya Kamal Mokhtar berkata, ia melibatkan daerah Kluang di Lereng Sungai, Kampung Tengah Dalam dan Jalan Sawi, Yap Tau Sah.

"Semua daerah dengan kawasan kediaman berdekatan sungai, serta tempat rendah, berisiko dinaiki air banjir jika hujan lebat turun secara berterusan.

"Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara secara rasmi dibuka walaupun berlaku banjir kilat di Batu Pahat, Kota Tinggi, Muar, Pontian, Kluang dan Tangkak akibat hujan seharian semalam," katanya.

Malam tadi, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya sehingga esok (25 Jan) di Johor membabitkan daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Kulai dan Mersing.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut melaporkan menerima panggilan berhubung insiden banjir di Lorong Makmur, Kampung Baru Sungai Mas dekat Kota Tinggi serta Kampung Pekan Air Panas dan Kampung Paya Merah Lama dekat Labis Segamat.

Bagaimanapun jumlah sebenar mangsa terlibat sedang dikemas kini.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan