Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Air bah makin surut di Batu Pahat; jumlah mangsa banjir Johor merosot

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor terutamanya di daerah Batu Pahat dilihat semakin pulih, setelah air bah di kawasan-kawasan yang terjejas teruk seperti Parit Sulong, Yong Peng, Sri Gading dan Parit Raja, dilihat sudah mula surut.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negari (JPBN) memaklumkan, dua daerah iaitu Batu Pahat dan Segamat menyaksikan jumlah mangsa seramai 20,107 orang yang ditempatkan di 77 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4.00 petang pada Sabtu (18 Mac), berbanding 21,127 orang yang dicatatkan pada 8.00 pagi Sabtu (18 Mac).

“Batu Pahat masih merekodkan mangsa teramai dengan 20,083 mangsa daripada 5,743 keluarga di 75 PPS diikuti Segamat 24 mangsa daripada lapan keluarga,” kata jawatankuasa itu dalam kenyataannya pada Sabtu.

Cuaca di semua 10 daerah sehingga petang Sabtu dilaporkan cerah dan tiada sungai yang berada di paras bahaya.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi menerusi satu hantaran berkata usaha untuk mengepam air sedang giat dilaksanakan untuk menangani masalah banjir termenung di daerah Batu Pahat.

Beliau berharap ia dapat ditangani terutama sebelum tiba Ramadan, minggu depan.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan