AI tidak mungkin cetus 'krisis kehilangan pekerjaan besar-besaran': CEO OpenAI
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail CEO OpenAI Sam Altman. (Gambar: REUTERS/Kylie Cooper)
- Sam Altman, CEO OpenAI, menyatakan di persidangan CBA Sydney bahawa AI tidak menyebabkan krisis kehilangan pekerjaan besar-besaran seperti yang dibimbangkan sebelum ini.
- Beliau mengakui ramalan awal OpenAI mengenai kesan sosial dan ekonomi AI agak tersasar, namun teknologi itu tidak banyak menjejaskan pekerjaan kolar putih setakat ini.
- Altman menekankan bahawa sisi kemanusiaan dalam pekerjaan masih penting dan sukar digantikan oleh AI, berdasarkan pengalamannya sendiri menggunakan AI untuk komunikasi.
- OpenAI juga dilaporkan sedang bersiap untuk IPO di Amerika Syarikat, dengan sasaran penilaian tinggi dan pengumpulan dana besar.
SYDNEY: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OpenAI, Sam Altman, mengatakan pada Selasa (25 Mei) bahawa pembangunan pesat dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) tidak akan mencetuskan "krisis kehilangan pekerjaan besar-besaran" di peringkat global. Beliau menambah bahawa teknologi itu juga tidak menjejaskan terlalu banyak pekerjaan kolar putih seperti yang beliau bimbang sebelum ini.
Berucap di persidangan Commonwealth Bank of Australia (CBA) di Sydney, Encik Altman mengakui bahawa pada peringkat awal, beliau berasa bimbang tentang kesan AI terhadap kadar pengambilan pekerja di seluruh dunia.
Beliau menjelaskan bahawa beliau bersama barisan eksekutifnya "hampir tepat" dalam ramalan teknologi yang dibuat oleh OpenAI semasa melancarkan ChatGPT pada tahun 2022. Bagaimanapun, beliau berkata mereka "agak tersasar" dari segi kesan sosial dan ekonomi.
"Saya gembira kerana ramalan saya salah dalam hal ini. Saya ingatkan kesannya akan jadi lebih besar terhadap pengurangan pekerjaan kolar putih di peringkat permulaan setakat ini, berbanding apa yang sebenarnya berlaku sekarang," kata Encik Altman dalam satu temu bual bersama CEO CBA, Matt Comyn.
"Sekarang saya rasa saya lebih faham mengapa perkara itu tidak berlaku. Sudah tentu saya bersyukur, tetapi ini adalah satu bidang di mana gerak hati saya sememangnya tersasar."
"Orang ramai berkata 'oh, anda sepatutnya boleh menyelamatkan dunia daripada rasa takut dan ramalan buruk yang keterlaluan ini'. Tetapi pada masa itu, saya berpandangan 'saya nampak ini adalah risiko sebenar dan kita patut membincangkannya', dan risiko itu mungkin masih ada."
Encik Altman tidak menyatakan sebarang angka khusus mengenai pasaran kerja pada Selasa, namun beliau sebelum ini pernah menyentuh tentang potensi pengurangan tenaga kerja dalam pelbagai industri akibat kemajuan AI.
Malah, semakin banyak syarikat global termasuk HSBC, Amazon, Standard Chartered, dan CBA sudah mengumumkan bahawa beberapa jawatan dalam syarikat mereka kini mula digantikan oleh AI.
Minggu lalu, Reuters melaporkan bahawa OpenAI sedang bersiap sedia untuk memfailkan tawaran awam permulaan (IPO) di Amerika Syarikat secara sulit dalam beberapa minggu akan datang, memetik sumber yang tahu tentang perkara itu. Syarikat berkenaan menyasarkan penilaian bernilai $1 trilion (S$1.28 trilion) dan merancang untuk mengumpul dana sekurang-kurangnya $60 bilion (S$77 bilion), menurut laporan Reuters pada Oktober lalu.
'SISI KEMANUSIAAN' DALAM PEKERJAAN TIDAK BOLEH DIGANTI
Encik Altman berkata beliau menyedari bahawa walaupun AI mengambil alih peranan yang semakin aktif dalam banyak industri dan tugas, masih terdapat 'sisi kemanusiaan' dalam pekerjaan yang tidak boleh digantikan.
Beliau berkongsi pengalaman menggunakan AI untuk membalas mesej di aplikasi Slack dan e-mel, tetapi akhirnya memilih untuk kembali membalas mesej-mesej tersebut sendiri.
"Saya pernah meminta AI membalas mesej dengan nota 'ini adalah AI milik Sam', dan itu menjadi satu contoh terbaik kepada saya bahawa kita sebenarnya sangat mementingkan interaksi sesama manusia," katanya.
"Kita benar-benar mengambil berat tentang interaksi kita dengan orang lain. Dan perkara ini, yang memakan banyak masa saya, bukanlah sesuatu yang boleh saya bayangkan untuk diserahkan kepada AI dalam masa terdekat."
Kesedaran itu, kata beliau, membuatkan dirinya percaya bahawa interaksi manusia yang diperlukan dalam kebanyakan pekerjaan tidak akan dapat digantikan oleh AI.
"Ia benar-benar mengubah pandangan saya, sama ada dari sudut positif mahupun negatif, untuk berfikir bahawa gambaran masa depan pasaran kerja berkemungkinan besar adalah sangat berbeza daripada apa yang kita bayangkan sebelum ini," katanya.
"Saya tidak fikir kita akan berdepan dengan gelombang pemberhentian pekerjaan seperti yang didakwa atau diperkatakan oleh sesetengah syarikat dalam industri kami."

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.