AI tidak halang prospek pekerjaan belia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Pexel/Tara Winstead)
MALAYSIA: Biarpun pelbagai krisis melanda dunia seperti pandemik COVID-19, perubahan iklim, ketidaksamaan termasuk kewujudan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), yang sering kali dilihat sebagai ancaman terhadap manusia dalam pekerjaan, golongan belia tetap optimis terhadap masa depan pekerjaan mereka.
'Tinjauan Harapan dan Keprihatinan Tenaga Kerja Global' yang diterbitkan oleh firma berbilang negara,PwC, menyatakan bahawa hampir 54,000 golongan muda bekerjaya di 46 negara dan wilayah mempunyai persepsi positif.
Terutama berkaitan kemahiran dan peluang mempelajari ilmu baharu, lapor Astro Awani.
Antara dapatan kajian itu adalah seperti berikut:
1. Lebih tiga daripada lima pekerja Generasi Z (mereka yang berusia 18 sehingga 26 tahun), mempercayai bahawa mereka akan dibantu majikan dalam memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi masa hadapan.
2. 17 peratus pekerja Generasi Z risau pekerjaan mereka akan diambil alih oleh AI. Namun, 29 peratus menganggap kemajuan AI dapat mewujudkan peluang pekerjaan serta membantu mengasah kemahiran baharu.
3. Terdapat jurang besar di antara pekerja yang memiliki kemahiran atau kepakaran dengan golongan yang tidak mempunyai kemahiran. 71 peratus golongan berkemahiran sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan kemahiran baharu.
4. 52 peratus golongan berkemahiran percaya bahawa kemahiran yang dimiliki mereka akan berubah dalam tempoh lima tahun akan datang.
5. Isu tersebut menunjukkan risiko jurang yang semakin lebar antara prospek pekerja yang mempunyai kemahiran pakar dan mereka yang tidak.
Selain itu, menurut kajian Forum Ekonomi Dunia (WEF), mereka yang berusia 27 sehingga 42 tahun lebih beranggapan bahawa majikan terlalu memberi tumpuan kepada pengalaman bekerja dan bukannya kepada kemahiran yang mereka miliki, seperti dinukil laporan Astro Awani.
Justeru, laporan tersebut merumuskan bahawa mengutamakan kemahiran akan membantu kumpulan itu, di samping membuka peluang kepada bakat baharu dalam kalangan masyarakat.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.