AI tidak boleh ganti elemen pembelajaran manusia: Ketua PBB
Anggaran Waktu Membaca:

Antonio Guterres di Perhimpunan Agung PBB. (Gambar: AFP)
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan (PBB) Antonio Guterres pada Jumaat (24 Jan) berkata bahawa kecerdasan buatan (AI) tidak boleh menggantikan elemen penting manusia dalam pembelajaran.
Beliau juga menyeru negara-negara untuk mengekalkan kemanusiaan di tengah-tengah sistem pendidikan, lapor Xinhua.
Dalam mesejnya sempena Hari Pendidikan Antarabangsa yang disambut pada 24 Januari, Encik Guterres berkata bahawa kemajuan teknologi pesat hari ini seperti AI, membawa potensi besar untuk menyokong pelajar dari pelbagai peringkat umur sepanjang perjalanan pembelajaran mereka.
"Namun ganjaran luar biasa ini diiringi oleh risiko yang menakutkan. Apabila sistem dipacu AI menjadi lebih berkuasa, niat manusia dan kesan yang didorong oleh mesin boleh dengan mudah tidak sejajar," tambahnya.
Hari Pendidikan Antarabangsa tahun ini mengingatkan bahawa potensi AI hanya dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan memastikan agensi manusia dan hak asasi manusia di tengah-tengah teknologi yang berkembang pesat ini, kata ketua PBB itu.
"Kecerdasan buatan tidak boleh menggantikan unsur pembelajaran manusia yang penting," Encik Guterres menekankan.
"Pada hari yang penting ini, mari kita komited untuk memastikan menusia kekal sebagai teras sistem pendidikan di mana-mana sahaja."

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.