Skip to main content

Dunia

AI, dron digunakan untuk cerapan anak bulan Ramadan di UAE

Anggaran Waktu Membaca:
AI, dron digunakan untuk cerapan anak bulan Ramadan di UAE
UAE menggunakan dron yang dilengkapi ciri saintifik canggih bersama kecerdasan buatan (AI) untuk menganalisis imej yang dirakam dari balai cerap di seluruh negara. (Gambar: Haramain/Facebook)
Diterbitkan : 18 Feb 2026 10:05PM Dikemas Kini : 18 Feb 2026 10:24PM
ABU DHABI: Jawatankuasa Cerapan Anak Bulan Ramadan bagi tahun 1447 Hijrah, yang ditubuhkan di bawah Majlis Fatwa Amiriah Arab Bersatu (UAE), menggunakan dron yang dilengkapi ciri saintifik canggih bersama kecerdasan buatan (AI) untuk menganalisis imej yang dirakam dari balai cerap di seluruh negara.

Dalam kenyataan kepada Agensi Berita Amiriah (WAM), Pengerusi Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Islam, Wakaf dan Zakat, Omar Habtoor Al Darei berkata langkah itu mencerminkan komitmen Jawatankuasa untuk mencapai standard ketepatan tertinggi.

Beliau berkata ia menggabungkan pendekatan berasaskan Syariah yang berakar umbi daripada sabda Nabi Muhammad (SAW), "Berpuasalah kamu kerana melihatnya (anak bulan) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihatnya," dengan manfaat sains moden serta teknologi canggih.

"Tugas Jawatankuasa ini melibatkan penyelarasan antara pakar dan ahli astronomi serta bergantung kepada data daripada enam balai cerap di seluruh UAE, sekali gus menekankan komitmen negara terhadap ketelusan dan kejituan," katanya.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita