Skip to main content

Dunia

'Ahok' kini bebas, tidak mahu lagi dikenali sebagai 'Ahok'

Bekas gabenor Jakarta, ‘Ahok’ dibebaskan hari ini (24 Jan), selepas selesai menjalani hukuman penjara atas kesalahan penistaan agama.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Jan 2019 06:35PM Dikemas Kini : 24 Jan 2019 09:54PM

JAKARTA: Bekas gabenor Jakarta, ‘Ahok’ dibebaskan hari ini (24 Jan), selepas selesai menjalani hukuman penjara atas kesalahan penistaan agama.

Pembebasan Ahok atau nama sebenarnya Basuki Tjahaja Purnama (BTP), 53 tahun, mendapat liputan meluas media Indonesia, yang antaranya dipetik berkata beliau tidak lagi mahu dikenali sebagai Ahok, sebaliknya kini mahu dikenali sebagai ‘BTP’.

Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Yasonna Laoly dalam satu kenyataan berkata Ahok dibebaskan hari ini selepas tamat menjalani hukuman penjara dua tahun di Penjara Markas Komando Brigade Mobil.

Ahok didapati bersalah dalam kes penistaan atau penghinaan terhadap agama Islam oleh mahkamah Indonesia pada 9 Mei 2017.

Ahok yang pernah menjadi timbalan gabenor Jakarta (timbalan kepada Joko Widodo) menang pada pemilihan gabenor Jakarta pada November 2014, menggantikan Joko Widodo, yang dipilih menjadi Presiden Indonesia ke-7 ketika itu.

Ketika menjalani hukuman penjara, Ahok dilaporkan bercerai dengan isterinya Veronica Tan pada April 2018.

Media Indonesia kini berterusan membuat spekulasi berhubung pembebasan Ahok, termasuk kemungkinan penglibatannya kembali dalam arena politik, selain desas desus mengatakan Ahok akan memeluk agama Islam dan berkahwin dengan seorang anggota polis wanita Muslim.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita