Skip to main content

Dunia

Ahok kekal di penjara selepas rayuan ditolak Mahkamah

Mahkamah Agung Indonesia menolak rayuan bekas gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama terhadap keputusan Mahkamah Negeri Jakarta Utara yang mendapatinya bersalah menista agama Islam.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Mar 2018 06:06PM Dikemas Kini : 27 Mar 2018 09:39PM

INDONESIA: Mahkamah Agung Indonesia menolak rayuan bekas gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama terhadap keputusan Mahkamah Negeri Jakarta Utara yang mendapatinya bersalah menista agama Islam.

Pada Mei tahun lalu, Basuki yang juga dikenali sebagai Ahok dijatuhi hukuman penjara dua tahun bagi kesalahan itu.

Selepas lapan bulan meringkuk di dalam penjara, Basuki mengemukakan peninjauan semula kehakiman terhadap keputusan tersebut pada Februari lalu.

Mahkamah Agung belum mendedahkan perincian alasannya menolak rayuan Basuki.

Sumber : Reuters/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita