Ahmad Zahid yakin pengundi Johor tidak akan terpengaruh dengan 'fatwa politik' Muhyiddin
Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi yakin pengundi di Pulai tidak akan terpengaruh dengan "fatwa politik" yang menyatakan haram atau berdosa mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kayat pada Pilihan Raya Kecil (PKR), 9 September ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu percaya bahawa Bangsa Johor adalah lebih matang dan tidak mudah terpengaruh dengan fatwa yang dikeluarkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin semasa sesi ceramah di Dataran Utama Kempas pada Sabtu malam (2 Sep).
"Saya nak tanya orang itu ayat al-Quran dari mana, hadis mana, qiyas mana dan ijma ulamak dari mana? Ketika beliau menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0 dahulu, semuanya halal, namun apabila tidak sealiran dengan dia, maka keluarlah ‘fatwa’ berbagai-bagai.
"Pada hemat saya Bangsa Johor, pengundi Johor berbeza dengan pengundi di tiga negeri yang dikuasai mereka. Rakyat Johor perlukan kestabilan, mahukan wakil rakyat yang boleh memperjuangkan nasib mereka,” katanya pada sidang media selepas program bersama rakyat di PPR Kempas Permai, Johor Bahru pada Ahad (3 Sep).
Pada masa yang sama, beliau yakin kepada pakatan PH-BN boleh menang Pilihan Raya Kecil bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.
“Setiap parti atau calon yang bertanding mesti yakin dengan kemenangan, tetapi kita mesti berusaha untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi rakyat walau sekecil mana pun. Saya pasti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di sini hari ini kerana beliau ingin menyampaikan mesej tertentu.
“...Saya yakin Johor akan kekal sebagai simpanan tetap untuk Kerajaan Perpaduan,” katanya.
PRK Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram diadakan berikutan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada 23 Julai lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi bagi kedua-dua PRK pada 9 Sep, dengan undian awal pada 5 Sep.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.