Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahmad Zahid tiba di mahkamah dengar keputusan 40 pertuduhan rasuah VLN

Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Bekas Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Mahkamah Tinggi di Shah Alam bagi mendengar keputusan sama ada beliau perlu membela diri atau dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Ahmad Zahid, 69 tahun, dilihat berjalan bersama kira-kira 100 para penyokong berpakaian serba hitam dan putih dari pintu utama Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke lobi bangunan itu sekitar pukul 8.50 pagi.

Presiden UMNO itu turut diiringi Timbalan Presidennya Mohamad Hasan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Terdahulu barisan pendakwa raya dan pasukan pembelaan Encik Ahmad Zahid tiba di lobi bangunan itu bermula sekitar pukul 8.15 pagi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Yazid Mustafa dijadual menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada pukul 9.00 pagi.

Sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada pihak pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap Encik Ahmad Zahid, maka beliau akan dipanggil untuk membela diri manakala jika sebaliknya bekas timbalan perdana menteri itu akan dilepas dan dibebaskan.

Pasukan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Abdul Malik Ayob, Zander Lim Wai Keong dan B. Thavani manakala Encik Ahmad Zahid diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh.

Terdahulu, kira-kira 100 pengamal media dari dalam dan luar negara mula tiba seawal pukul 7.00 pagi bagi membuat liputan kes tersebut dan penyokong Encik Ahmad Zahid dilihat berkumpul di pintu pagar utama mahkamah sekitar pukul 8.00 pagi dengan membawa kain rentang tertera ‘Solidariti 4 AZH’.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan