Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahmad Zahid seru ahli BN perkukuh parti masing-masing demi peroleh sokongan pengundi

Anggaran Waktu Membaca:

GEORGE TOWN: Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu memperkukuhkan parti masing-masing bagi memperoleh sokongan daripada ahli serta pengundi-pengundi yang bukan ahli, kata pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri mengingatkan parti-parti komponen di bawah BN iaitu MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) agar terus memperkasakan parti masing-masing sebagai teras di dalam BN.

"Yang penting adalah kerjasama dengan semua parti di dalam jenama BN, itu prinsip yang pertama namun realiti politik baru di dalam Kerajaan Perpaduan, kita harus menyantuni keberadaan parti-parti dari kolaborasi ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Semicon Asia Tenggara 2023 di George Town pada Selasa (23 Mei). 

"Terdapat 19 parti yang berada di dalamnya. Saya tidak mahu mana-mana parti berkecil hati bila kita bekerjasama. Sebaliknya perkukuhkan parti masing-masing untuk memperoleh dukungan daripada ahli-ahli dan pengundi yang bukan ahli," tambahnya.

Encik Ahmad Zahid berkata demikian apabila ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon yang mengingatkan beliau supaya meletakkan kepentingan parti komponen dalam BN terlebih dahulu, bukannya mengutamakan PH, khasnya DAP.

Beliau berkata tumpuan kepada isu lama perlu dihentikan dan perlu fokus kepada pengukuhan parti untuk memberikan tanggapan yang positif kepada parti.

"Oleh demikian, memperkukuhkan parti masing-masing untuk pengembangan daya sokongan yang lebih tersebar luas itu lebih penting daripada melayani rasa kecil hati oleh mana-mana parti politik," katanya.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan