Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahmad Zahid sangkal spekulasi hidap barah, letak jawatan Presiden UMNO

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin (4 Dis)menolak spekulasi bahawa beliau menghidap barah dan akan meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO.

Encik Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pelancuran Transformasi Politeknik 2023-2030 di Putrajaya pada Isnin, berkata beliau menjalani pembedahan prostat baru-baru ini dan sudah kembali sihat.

Ketika diminta mengulas spekulasi beliau menghidap barah dan akan meletakkan jawatan, Encik Ahmad Zahid berkata : “Saya sendiri pun tidak tahu akan melakukan perkara itu (letak jawatan) dan saya memang ada menjalani pembedahan prostat.

“Janganlah buat spekulasi yang macam-macam. Alhamdulillah saya sihat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan khabar angin yang mengatakan Encik Ahmad Zahid akan melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO kepada mantan Naib Presiden UMNO Hishammuddin Hussein kerana masalah kesihatan.

Encik Ahmad Zahid kembali bertugas pada Jumaat (1 Dis) lalu serta menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, selepas tempoh berehat setelah menjalani pembedahan baru-baru ini.
Pada 19 November lalu, anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Nurulhidayah, menerusi catatan di Instagram, mengesahkan bapanya dalam keadaan sihat selepas menjalani prosedur pembedahan yang diadakan pada 14 November.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan