Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahmad Zahid nafi letak jawatan Pengerusi BN, Presiden UMNO

Anggaran Waktu Membaca:
Ahmad Zahid nafi letak jawatan Pengerusi BN, Presiden UMNO

Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO. (Gambar: Bernama)

KUALA LUMPUR: Ahmad Zahid Hamidi menafikan akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO sepertimana yang didakwa satu kenyataan media yang tular menerusi media sosial.

Dalam kenyataan di Facebook rasminya pada Rabu (23 Nov), beliau berkata surat atau kenyataan media yang disebarkan adalah palsu dan rekaan pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Mohon jangan dikeruhkan lagi keadaan…Mohon doakan yang terbaik dalam keadaan sekarang ini," kata Ahmad Zahid yang turut memuat naik kenyataan media berkenaan dalam Facebook beliau.

Kenyataan media dengan kepala surat BN Malaysia bertarikh 22 November itu turut mendakwa satu mesyuarat tergempar diadakan semalam (22 Nov) dihadiri pemimpin utama parti komponen BN yang membuat beberapa keputusan termasuk menentukan sokongan kepada gabungan yang akan membentuk Kerajaan Persekutuan.

Kenyataan media itu turut mendakwa keinginan Ahmad Zahid untuk meletakkan kedua-dua jawatannya dalam parti atas kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), selain menyerahkan kepada Ismail Sabri Yaakob bagi memangku kedua-dua jawatannya sehingga pemilihan UMNO Januari 2023.

Pada PRU15, BN hanya memperoleh 30 kerusi Parlimen, Pakatan Harapan (82), Perikatan Nasional (73), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Parti Bangsa Malaysia serta Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu manakala Bebas (dua).
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan