Skip to main content

Dunia

Ahmad Zahid nafi dakwaan calon PRU15 diminta tanda tangan surat sokongan

Anggaran Waktu Membaca:
Ahmad Zahid nafi dakwaan calon PRU15 diminta tanda tangan surat sokongan

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 01 Nov 2022 05:11PM

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diminta untuk menandatangani surat menyokong beliau dengan memberinya mandat untuk membentuk Kabinet, sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya.

“Itu tipu,” katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut yang dilaporkan oleh sebuah portal berita pada Isnin (31 Nov). 

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga pengerusi BN, enggan mengulas mengenai spekulasi mengenai penyandang kerusi Parlimen Arau Shahidan Kassim yang akan digugurkan sebagai calon BN bagi parlimen itu.

“Tunggulah pengumuman malam ini kalau nak penjelasan mengenai spekulasi itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perbicaraan kes bela dirinya di Mahkamah Tinggi pada Selasa (1 Nov).

Encik Shahidan menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa, Bilik Gerakan BN Arau ditutup pada Isnin malam (31 Okt) sebelum PRU15.

“Malam ini malam kesedihan yang teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau ditutup dan bendera diturunkan. Kali pertama dalam sejarah,” katanya dalam hantaran itu.

Media sebelum ini melaporkan desas desus bahawa nama Encik Shahidan dan penyandang kerusi Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin, tidak tersenarai sebagai calon pada PRU15.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita