Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahmad Zahid 'mungkin boleh' hadiri prosiding kes rasuah pada 6 Sep

Doktor pakar sebuah hospital swasta hari ini (25 Ogos) memaklumkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa pesakitnya, Dr Ahmad Zahid Hamidi, "mungkin" boleh menghadiri prosiding kes rasuahnya membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang ditetapkan pada 6 September 2021

Anggaran Waktu Membaca:
Ahmad Zahid 'mungkin boleh' hadiri prosiding kes rasuah pada 6 Sep

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 25 Aug 2021 07:52PM Dikemas Kini : 25 Aug 2021 07:54PM

KUALA LUMPUR: Doktor pakar sebuah hospital swasta hari ini (25 Ogos) memaklumkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa pesakitnya, Dr Ahmad Zahid Hamidi, "mungkin" boleh menghadiri prosiding kes rasuahnya membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang ditetapkan pada 6 September 2021.

Dr Mohd Shahir Anuar dari Hospital Pakar Avisena di Shah Alam, yang merawat Presiden UMNO itu, berkata demikian ketika menjawab soalan Hakim Collin Lawrence Sequerah yang mendengar kes Ahmad Zahid, juga bekas Timbalan Perdana Menteri.

Justice Sequerah: Pada pandangan Doktor, adakah pesakit dalam keadaan ini boleh hadir ke mahkamah pada 6 September? Beliau perlu duduk di dalam mahkamah sepanjang prosiding kes ini tetapi beliau juga dibenarkan berehat.

Dr Mohd Shahir: Mungkin boleh, tetapi tidak boleh lebih 40 minit. Beliau tidak boleh duduk terlalu lama. Beliau harus melakukan beberapa latihan peregangan.

Pada Selasa, mahkamah itu dijadualkan mendengar hujah di akhir kes pendakwaan namun prosiding tersebut terpaksa ditangguhkan apabila Ahmad Zahid dimasukkan ke hospital pada Ahad ekoran kecederaan yang dialaminya selepas terjatuh.

Berikutan itu, hakim Sequerah menetapkan mengeluarkan sepina kepada doktor itu untuk hadir ke mahkamah bagi menjelaskan keadaan kesihatan Ahmad Zahid dan prosedur yang perlu dijalaninya serta menentukan tempoh pemulihan.

Semasa prosiding hari ini, Dr Mohd Shahir berkata Ahmad Zahid sudahpun memaklumkan bahawa beliau terjatuh ketika berada di tandas Rabu lalu sejurus selepas solat Asar serta mengalami kesakitan di bahagian leher dan toraks.

“Beliau tidak mengalami kepatahan tulang belakang. Semalam beliau menjalani prosedur intervensi kesakitan bagi mengurangkan sakit belakang akibat cakera teranjak yang dialaminya,” kata Dr Mohd Shahir.

Ketika ditanya tempoh yang akan diambil oleh Ahmad Zahid untuk berjalan seperti biasa, Dr Mohd Shahir berkata “beliau boleh berjalan seperti biasa tetapi tidak boleh duduk terlalu lama.

Justice Sequerah: Jadi berapa lama beliau boleh duduk?

Dr Mohd Shahir: Biasanya, bagi setiap 30 hingga 45 minit, beliau perlu bangun dan melakukan latihan peregangan.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan