Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahmad Zahid mohon dapat semula pasport untuk jalani rawatan di Jerman

Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah, hari ini (7 Okt) memohon di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkannya ke Munich, Jerman untuk mendapat rawatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Ahmad Zahid mohon dapat semula pasport untuk jalani rawatan di Jerman

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 07 Oct 2021 05:07PM Dikemas Kini : 07 Oct 2021 05:12PM

KUALA LUMPUR: Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah, hari ini (7 Okt) memohon di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkannya ke Munich, Jerman untuk mendapat rawatan.

Peguam Hamidi, Mohd Noh mewakili bekas timbalan perdana menteri itu memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah bahawa anak guamnya itu menderita sakit belakang serta leher dan perlu mendapatkan rawatan daripada pakar terkemuka di Munich.

“Anak guam saya mengalami sakit belakang dan leher. Beliau pada asalnya dirawat oleh doktor dari Jerman pada 2013, 2014, 2016.

"Kami membuat permohonan ini untuk membolehkan tertuduh menerima rawatan. Rawatan intervensi di Malaysia tidak mencukupi untuk (mengurangkan kesakitan) beliau,” kata Encik Hamidi.

Permohonan itu difailkan pada 4 Okt dan hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes.

Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng yang tidak membantah permohonan itu.

Hakim kemudiannya menetapkan Isnin ini untuk keputusan permohonan berkenaan.

Sementara itu Hamidi ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata Ahmad Zahid memohon pasportnya dipulangkan pada 26 Okt dan akan mengembalikannya pada 21 Nov.

"Kami akan membuat permohonan yang sama (mendapatkan pasport) di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada Isnin ini," katanya.

Ahmad Zahid, 68, menghadapi 47 tuduhan - 27 kes pengubahan wang haram, 12 membabitkan pecah amanah dan lapan tuduhan rasuah - melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan